Bengkel Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak; CikgooTUBE Bakal Trending!

Bengkel Hasilkan Video PdPc di BTPN Perak; CikgooTUBE Bakal Trending!

Baru-baru telah selesai berlangsung Bengkel Penghasilan Video Pdpc selama 3 hari di BTPN Perak. Saya sangat berterima kasih dan bersyukur diberi peluang oleh pihak Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP), KPM dalam menggalas tugas sebagai salah seorang tenaga pengajar dalam bengkel ini bersama rakan guru Cikgu Romie dan juga Cikgu Razif.

Ini semua adalah rentetan daripada kepergian Tun Mahathir ke Jepun. Antara yang beliau saksikan adalah bagaimana guru-guru berkualiti di sana saling membantu guru lain menerusi penghasilan video. Maka inspirasi daripada sana di bawa balik dan cuba digerakkan di Malaysia.

Dengan hasrat penghasilan bahan ‘dari guru kepada guru’ maka, inisiatif ini direalisasikan. Kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi BSTP untuk menjayakan misi ini, maka Pengarah BSTP iaitu Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin sendiri yang datang menyampaikan amanat dan hasrat tersebut kepada kami semasa hari bengkel yang pertama. Dan itu lah juga yang ditegaskan oleh Encik Azemi, KPP Pembangunan Rekabentuk dari hari ke hari.

Pengarah BSTP iaitu Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin

Bagi sesi bengkel penghasilan video ini, kami bahagikan kepada beberapa kepakaran.

Cikgu Hailmi: @cikguhailmi
Penghasilan Video aktiviti PdPc dengan menggunakan smartphone
Dengan pengalaman lebih kurang 10 tahun dalam bidang penghasilan video, dengan dimulakan dengan minat, akhirnya bertukar kepada kesungguhan untuk anak murid saya, maka saya kongsikan
beberapa tips dan teknik untuk menghasilkan video Pdpc.

Cikgu Hailmi dengan perkongsian penghasilan video PdPc menggunakan smartphone

Sudah tentulah juga disertakan dengan hands-on yang membolehkan untuk guru-guru merasai pengalaman menghasilkan video menggunakan smartphone mereka sendiri. Perkara seperti teknik kamera, gerakan, storyboard dan lain-lain sangat membantu guru supaya dapat dipertimbangkan sebelum mereka mula menghasilkan video mereka sendiri.

Cikgu Razif: @razxxf
Penghasilan Video animasi dengan menggunakan gajet iPad
Bagi sesi ini, Cikgu Razif memperkenalkan peserta dengan pelbagai apps yang berkaitan dengan penghasilan video, terutamanya video animasi. Sebagai contohnya, aplikasi Keynote dapat menghasilkan grafik dengan mudah dan akhirnya dianimasikan dengan kadar yang sangat cepat dan menarik.

Cikgu Razif dengan perkongsian penghasilan video animasi menggunakan iPad

Ini ditambah nilai dengan pengunaan aplikasi Garage Band bagi menghasilkan muzik latar yang berkaitan dan tersendiri. Terima kasih juga pihak Apple Malaysia yang meminjamkan kami 40 iPad bagi digunakan semasa bengkel. Memang terbaik!

Cikgu Romie: @cikguromie
Penghasilan Video pengajaran dengan teknologi Green screen
Perkongsian Cikgu Romie  mengenai penghasilan video menerusi teknologi green screen juga menarik. Menggunakan aplikasi percuma iaitu OBS, banyak efek boleh dihasilkan dengan menggunakan layar skrin hijau tersebut.

Cikgu Romie dengan perkongsian penghasilan video pengajaran menggunakan teknologi green screen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *